Axel Homecare, sebahagian daripada Axel Health Group, adalah penyedia penjagaan kesihatan di rumah yang berpangkalan di Ipoh, Malaysia. Kami komited untuk menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi lebih mudah diakses dengan menyediakan penjagaan setaraf hospital dalam keselesaan rumah pesakit sendiri. 

Axel Homecare ditubuhkan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat yang semakin meningkat. Kami percaya bahawa akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti tidak seharusnya terbatas oleh lokasi, masa atau kemudahan. 

Dengan sokongan pasukan multidiscipline yang terdiri daripada doktor, jururawat dan ahli terapi, kami menyediakan penjagaan yang selamat, berterusan dan diperibadikan untuk pesakit daripada pelbagai peringakt umur dan keadaan kesihatan.

Matlamat kami adalah untuk membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih sihat, di samping memberi ketenangan dan keyakinan kepada keluarga.